Tuesday, 25 October 2011

MATEMATIK ITU INDAH

Ketika ini aku tersedar daripada mimpiku, yang satu ketika dahulu sangat takut dengan mata pelajaran Matematik. Bagiku mata pelajaran Matematik menyusahkan kerana terpaksa menyiapkan berpuluh-puluh latihan sehari. Sehinggalah datang seorang guru muda yang baru berposting ke sekolahku pada tahun 1988. Dia telah mengubah mindaku daripada Matematik itu susah kepada mata pelajaran yang paling mudah dan menarik. Jika aku tak sentuh sehari buku matematik bagaikan tidak lengkap hidupku. Setelah aku menduduki UPSR pada tahun 1990 dan mendapat keputusannya, seperti yang aku jangkakan Matematik aku mendapat "A". Terima kasih Cikgu Azhar bin Taib yang telah banyak memberi nasihat dan dorongan kepadaku.
Setelah aku melangkah ke sekolah menengah, Matematik adalah mata pelajaran kegemaranku. Cikgu Matematikku sangat baik dan lembut orangnya. Aku sangat selesa belajar dengannya. Cikgu Rosnah bt Zakaria adalah guru Matematik yang paling aku suka cara pengajarannya. Setelah aku menduduki PMR keputusannya Matematik, aku memperolehi gred "A". Sehinggalah aku menduduki SPM matapelajaran Matematik mendapat keputusan yang terbaik berbanding dengan keputusan yang lain.
Tanggal 1996 aku diterima masuk ke MPKTBR Kuala Terengganu, di sini aku telah dididik dan diasuh untuk bergelar seorang guru Matematik. Selama tiga tahun aku bergelumbang dengan buku dan tugasan akhirnya pada tahun 1999 aku berjaya membawa segulung diploma  Pengajian Matematik dan Pengajian Melayu untuk melayakkan aku bergelar seorang pendidik. Terima kasih kepada semua pensyarah unit Matematik MPKTBR yang telah banyak mendidik aku agar menjadi seorang guru Matematik yang berkaliber.
Kini setelah 11 tahun menabur bakti kepada anak didikku, aku terus melangkah untuk terus maju. Aku telah mengikuti PPG PJJ UPSI untuk mencapai hasrat menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Matematik. Adakah semua yang diidamkan akan tercapai.
Insyaallah  'Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan'.

UPSR

Matematik itu Mudah

http://www.scribd.com/doc/13301529/Isu-Mata-Pelajaran-Matematik